Antara Tanggingjawab sebagai seorang pengguna ialah
1) Membeli secara rasional dan bijak..
- Pengguna perlu menentukan apakah barang yang perlu dibeli.
- Keutamaan perlu diberikan kepada barang keperluan.
- Pengguna perlu menentukan masa dan tempat yang sesuai untuk membeli-belah dengan
membandingkan harga barang di pelbagai tempat..
2) Membuat Belanjawan diri..
- Pengguna perlu membuat rancangan pembelanjaan untuk membuat anggaran pendapatan dan .
perbelanjaan.
- Membuat belanjawan diri penting untuk pengguna kerana dapat mengelakkan pengguna
berbelanja melebihi pendapatan dan menyimpan sebahagian daripada pendapatannya serta
membeli barang yang perlu saja.
3) Penglibatan dan Tindakan
- Pengguna harus melibatkan diri dalam kegiatan social yang memelihara kepentingan pengguna
dan mengambil tindakan berasskan penyelidikan serta tindakan yang sempurna.
- Pengguna juga tidak harus menjadi pasif yang dapat dieksploitasi oleh pengguna..
4) Kesedaran mengkritik
- Pengguna perlu berwaspada dan mempersoal tentang harga dan kualiti barang serta perkhidmatan
yang digunakan.
- Jika barang atau perkhidmatan tidak berkualiti pengguna perlu menyuarakan pendapat bagi mendapat barang dan perkhidmatan yang memuaskan.






No comments:
Post a Comment