photo d6e3ec6f-5a40-4b26-9f3c-e84366799827_zpsf22bda1b.jpg" alt="" width="125" height="125">

Sunday, 14 July 2013

Kempen Konsumer Kebangsaan (3K)



Pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan yang besar kepada gaya hidup mereka mengikui kesesuaian keadaan yang berlaku pada masa ini.

Banyak cabaran berbentuk  struktur yang berlaku di peringkat dunia yang memberikan kesan negatif kepada pengguna di Malaysia. Sebelum ini, isu global adalah berbentuk putaran, namun kini isu pengguna lebih berbentuk struktural, yang akan sentiasa wujud. Oleh itu, pengguna perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baru ini. Berikut adalah beberapa cabaran baru dunia, iaitu:

  1. Peningkatan harga minyak dan gas – peningkatan ini memberi kesan kepada semua sektor ekonomi, termasuk pengeluaran makanan dan pengangkutan.
  2. Peningkatan pengambilan bijirin – khususnya berlaku di negara China dan India. Pengambilan bijrin yang meningkat ini berikutan daripada bertambah ramai golongan yang berkemampuan;.
  3. Makanan kepada bahan api bio – di kalangan negara membangun dam kian meningkat juga di negara sedang membangun, banyak bahan makanan telah digunakan untuk menghasilkan bahan api bio. Oleh itu menyebabkan kurangnya pengeluaran makanan. Makanan untuk menghasilkan bahan api api lebih tinggi harganya berbanding makanan untuk kegunaan manusia.
  4. Perubahan iklim – banyak kawasan tanah yang sebelum ini mengeluarkan bahan makanan yang melimpah ruah, kini tidak lagi mengeluarkan hasil akibat daripada perubahan iklim.
  5. Masyarakat McDonaldisasi – semakin ramai golongan muda yang mengamalkan pola pemakanan cara barat dan nilai ini menyebabkan wujudnya ramai masyarakat yang bersifat materialistik, sehingga berlaku banyak pembaziran dan masalah psiko-sosial.

Ringkasnya, masa bagi harga minyak yang rendah dan makanan yang murah telah berlalu.

Harga beras telah meningkat sebanyak 141%, manakala gandum pula 120% semenjak beberapa tahun ini. Terdapat  37 buah negara yang sedang menghadapi masalah kekurangan makanan. Selain itu, lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia yang berada pada paras kemiskininan jika harga makanan terus meningkat.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah menyatakan dengan jelas bahawa pengeluaran makanan hendaklah meningkat sebanyak 50% bagi memenuhi peningkatan kepada permintaan bahan makanan.

Bagi pengguna di Malaysia pula, kesan peningkatan ini bermaksud:
  1. Peningkatan kos hidup
  2. Kualiti hidup kian berkurangan
  3. Hutang semakin meningkat
  4. Bankrap
  5. Isu kesihatan mental
  6. Masalah jenayah semakin berleluasa

Cara Membuat Aduan

Pengguna boleh membuat aduan sekiranya terdapat barang atau perkhidmatan yang tidak memuaskan 



1) ADUAN SECARA TERUS.

> Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai atau premis peniaga.

> Berunding dengan penjual atau pengurus kedai.

> Sekiranya aduan tidak dilayan,buat aduan bertulis kepada penguatkuasa atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.




2) ADUAN BERTULIS.

>Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail.

> Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi.

> Kumpulkan data atau statistik  berkaitan aduan.

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Seorang Pengguna.

1) Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu.

# Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dalam tindakan .

# Pengguna perlu membeli barang mengikut keperluan ,membuat belanjawan,dan peka terhadap sesuatu  dan tidak mudah ditipu oleh iklan ,tawaran istimewa dan sebagainya.



2) Tidak berlaku Penyelewengan oleh pengeluar

# Pengeluar tidak akan mengeluarkan barang tanpa maklumat yang tidak lengkap sekiranya pengguna itu tahu menjaga hak-haknya.


# Pengeluar juga akan memastikan mutu ,timbangan,bahan kandungan adalah tepat seperti dinyatakan dalam label.





3) Menjadi individu Bermaklumat 

# Pengguna yang bermaklumat mempunyai kebolehan untuk buat pilihan dengan bijak.

# Pembaziran dari segi wang dan barang tidak akan berlaku jika pengguna memilih barang yang bermutu.

Tanggungjawab Sebagai Seorang Pengguna..

Antara Tanggingjawab sebagai seorang pengguna ialah 


  1) Membeli secara rasional dan bijak..

       -  Pengguna perlu menentukan apakah barang yang perlu dibeli.

       -  Keutamaan perlu diberikan kepada barang keperluan.

       - Pengguna perlu menentukan masa dan tempat yang sesuai untuk membeli-belah dengan 
         membandingkan harga barang di pelbagai tempat..






2) Membuat Belanjawan diri..

     - Pengguna perlu membuat rancangan pembelanjaan untuk membuat anggaran pendapatan dan .
         perbelanjaan.

     -  Membuat belanjawan diri penting untuk pengguna kerana dapat mengelakkan pengguna 
        berbelanja melebihi pendapatan dan menyimpan sebahagian  daripada pendapatannya serta 
        membeli barang yang perlu saja.




3) Penglibatan dan Tindakan 

    - Pengguna harus melibatkan diri dalam kegiatan social yang memelihara kepentingan pengguna 
      dan mengambil tindakan berasskan penyelidikan serta tindakan yang sempurna.

    - Pengguna juga tidak harus menjadi pasif  yang dapat dieksploitasi oleh pengguna..


4) Kesedaran  mengkritik 

  - Pengguna perlu berwaspada dan mempersoal tentang harga dan kualiti barang serta perkhidmatan 
    yang digunakan.

  - Jika barang atau perkhidmatan tidak berkualiti pengguna perlu menyuarakan pendapat bagi mendapat barang dan perkhidmatan yang memuaskan.



Hak-Hak seorang Pengguna

Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai seorang pengguna dan bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab..

Terdapat 8 hak-hak pengguna :

1) Hak Mendapat Keperluan Asas

2) Hak Mendapat Keselamatan

3)Hak mendapat Maklumat 

4) Hak Membuat Pilihan \

5) Hak Bersuara

6) Hak mendapat ganti rugi

7) Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

8) Hak mendapat Alam sekitar yang sihat dan selamat.




HAK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS:

> Pengguna berhak untuk dapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan sebagai contoh . seperti makanan,pakaian, dan tempat kediaman .

> Jika tiada semua keperluan asas ini susah untuk meneruskan kehidupan.


HAK MENDAPAT KESELAMATAN 

> Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan .




> sebagai contohnya adanya Cop SIRIM, pengguna boleh menggunakan peralatan tersebut dengan selamat.

HAK MENDAPAT MAKLUMAT 

> Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan yang membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak diketahui dan yang mengelirukan pengguna .

>Lebuh penting lagi,maklumat mestilah lengkap. dengan adanya nama pengeluar,tanda harga,berat,kuantiti ,kandungan dan juga tarikh luput.


HAK MEMBUAT PILIHAN 

Pengguna berhak untuik memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan .

HAK BERSUARA 

> Pengguna berhak bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan perlaksanaan dasar kerajaan serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

> 2 jenis pengguna di Malaysia :
     
   * pengguna yang bersuara

   * pengguna yang tidak bersuara..

> Sememangnya kita perlu berterima kasih kepada pengguna yang bersuara kerana dengan itu dia dapat" backup" kita ,iaitu pengguna yang tidak bersaudara.Apabila pengguna mengadu dan bersuara secara tidak langsung muu perniagaan seseorang itu maju dan dapat dipertingkatkan lagi.

> Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengadu atau bersuara antaranya ialah dengan menggunakan 

* Website
*e-mail
*telefon
* Fax
*laman social


HAK MENDAPAT GANTI RUGI.

Pengguna dapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan ,kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan 

> Pengguna juga boleh menuntut ganti rugi daripada pengeluar jika diberi barangan atau perkghidmatan yang rosak,busuk ,tidak bermutu dan luput tarikh.

> sebagai contoh adanya "warranty card"

> perbezaan antara warranty dengan guarantee

    Warranty=  Dapat jaminan dalam beberapa tempoh ,apabila barang tersebut rosak ,ia hanya baiki 
                       sahaja barang yang rosak itu.

   Guarantee=  Jaminan dalam beberapa tahun ,jika barang itu rosak ,ia akan digantikan dengan      .
                        barang yang baru .


HAK MENDAPAT PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN

Pengguna dapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan serta amalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna .

> Pendidikan pengguna boleh diperoleh melaluibengkel,media massa,pameran atau seminar ,dan ceramah .

>Buletin Pengguna merupakan satu contoh media massa/



HAK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT.

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih,sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

MENGENAI FOMCA..



Objektif FOMCA:


# meneliti .mengetahui dan mengkaji isu-isu serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna serta berjuang untuk hak-hak pengguna..

# memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia

# menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di serata Malaysia.



Falsafah FOMCA :

* Mewujudkan sifat berdedikasi di kalangan para pengguna di Malaysia iaitu :
      
    "PERLINDUNGAN PALING BERKESAN IALAH PERLINDUNGAN SENDIRI."

* Melalui kuasa beli pengguna bagi mewujudkan satu budaya hidup yabg sesuai dan tidak membazir..




Presiden FOMCA :

Berikut merupakan senarai presiden FOMCA yang kini FOMCA dikenali pengguna-pengguna Malaysia.. Antara presidennya ialah :

1) Dari tahun 1973-1974 = ALLAHYARHAM DATO' MOHAMED SOPIEE  SHEIKH IBRAHIM.

2) Dari tahun 1974-1981= Encik Tava Singh Gill 

3) Dari tahun 1981-1988 Encik Bishan Singh Bahdur 

4)Dari tahun 1988-1991Encik Chua Kim Tee

5) Dari tahun 1991- 2004= Prof Dato'Mohd Hamdan Haji Adnan 

6) Dari tahun 2004-kini= Datuk MariMuthu Nadson

Profil Fomca



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya ke-40 pada tahun ini.
Bersempena dengan ulang tahun penubuhan FOMCA ke-40 pada tahun ini, salah satu program yang telah dirancang untuk diadakan ialah Pameran Kepenggunaan yang dijadualkan pada 15 Mei hingga 19 Mei 2013, bertempat di Old Wing Centre Court, One Utama Shopping Mall, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Orang ramai dijemput melawat ke Pameran Kepenggunaan anjuran FOMCA pada 15hb Mei sehingga 19hb Mei 2013 bertempat di Pusat membeli-belah One Utama, Bandar Utama. Pelbagai aktiviti dan bahan kepenggunaan menanti anda. Masa pameran adalah dari 10pagi sehingga 10 malam.

Objektif Pameran ini adalah untuk
  1. Meningkatkan kesedaran dan pendidikan pengguna tentang isu-isu pengguna
  2. Menyedarkan pengguna tentang peranan pergerakan pengguna ke arah perlindungan dan kebajikan pengguna
  3. Menyedari hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna yang bijak.

Adalah diharapkan melalui pameran ini, lebih ramai pengguna dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang isu-isu pengguna dan mengamalkan tingkah laku pengguna yang bijak.